Ibrah Dari Peperangan Yarmuk (1)

Dalam sejarah perjuangan kaum muslimin menegakkan dan membela al haq (kebenaran), berjihad di jalan Allah, kita akan dapat menemukan kisah teladan mengenai itsar, sejarah yang begitu indah untuk dipelajari, merupakan suatu kenikmatan tersendiri jika diamalkan.

Ketika terjadi perang Yarmuk, perang yang terjadi antara kaum muslimin melawan pasukan Romawi (Bizantium), negara super power saat itu, tahun 13 H/ 634 M.

Pasukan Romawi dengan peralatan perang yang lengkap dan memiliki tentera yang sangat ramai jumlahnya dibandingkan pasukan kaum muslimin, dengan perbandingan 5: 1. Pasukan Romawi berjumlah sekitar 240,000 orang dan pasukan kaum muslimin berjumlah 45,000 orang.

Dalam perang Yarmuk, pasukan Romawi memiliki tentera yang ramai, pengalaman perang yang canggih, peralatan perang yang lengkap, logistik lebih dari cukup, dapat dikalahkan oleh pasukan kaum muslimin, dengan izin Allah.

Ini adalah bukti yang nyata bahawa sesungguhnya kemenangan itu bersumber dari Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa.

Pertempuran ini, catatan oleh beberapa sejarawan, dipertimbangkan sebagai salah satu pertempuran penting dalam sejarah dunia, kerana ianya menandakan gelombang besar pertama penaklukan Muslim di luar Arab, dan bergerak pantas rakyatnya menerima Islam ke Palestin, Suriah, dan Mesopotamia yang rakyatnya menganut agama Kristian sebelumnya.

Pengangkatan Khalid bin Walid

Entah apa yang ada di benak Khalid bin Walid ketika Abu Bakar memilihnya menjadi panglima pasukan seramai 46,000. Hanya beliau dan Allah saja yang tahu kiranya. Khalid tak hentinya beristigfar. Beliau sama sekali tidak gentar dengan peperangan yang akan beliau hadapi, 240,000 tentera Bizantin. Beliau hanya khuatir tidak mampu mengendalikan hatinya kerana perlantikan itu. Kaum muslimin tengah bersiap menyongsong Perang Yarmuk sebagai penegakan izzah Islam yang semakin melebar.

Continue reading

Tarbiah Bersama Al Marhum Syeikh Dato’ Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd Zain (3)

Perkongsian dari anak didik beliau, saudara Hilal Asyraf.

Ustaz Dahlan bin Mohd Zain. Beliau adalah mudir saya. Saya masih tidak biasa memanggil beliau dengan gelarannya: Dato’ Kaya Bakti. Begitulah juga saya masih tidak biasa meletakkan ‘almarhum’ di hadapan namanya. Ya, dia telah meninggal dunia.

Tetapi itu bukanlah alasan untuk menghentikan langkahan. Bahkan, pemergiannya sepatutnya menjadi motivasi kepada manusia seperti saya untuk meneruskan perjuangan. Hatta Abu Bakr RA dan para sahabat meneruskan usaha-usaha dakwah dan tarbiyah selepas pemergian Rasulullah SAW, apatah lagi pemergian seorang murabbi yang bernama Ustaz Dahlan bin Mohd Zain. Pemergiannya hanya menjadi sia-sia sekiranya anak muridnya seperti saya ini tidak bergerak menyambng perjuangannya.

Di ruangan seni kali ini, saya ingin berkongsi beberapa ’seni’ dalam langkahan murabbi saya yang telah pergi itu.

Moga-moga, dengan perkongsian ini, ia menjadi satu sumbangan idea, dalam kita mengajak masyarakat untuk kembali menjadikan Allah sebagai ILAH dan RABB di dalam kehidupan insan.

Seni 1: Bersederhana di dalam jawapan.

Biasa apabila kita dilontarkan soalan, kita akan teruja untuk memberikan jawapan yang ‘paling betul’. Sebagai contoh, soalan begini:

“Ustaz, boleh tak nak keluar dengan tunang?”

Biasanya jawapan ini akan kita jawab begini:

“Tak boleh. Haram! Tunang tu sama sahaja layanannya dengan perempuan bukan mahram lain.” Dan kita akan sertakan wajah serius bersama-sama. Tidakkah begitu?

Tetapi lihatlah Ustaz Dahlan bagaimana dia memberikan jawapan, apabila seorang sahabat saya bertanya kepadanya: “Ustaz, boleh tak nak makan sama-sama dengan tunang?”

Ustaz menjawab bagaimana?

“Boleh.”

Continue reading