Jiddiyah dan Kejelasan Fikrah

Jiddiyah (kesungguhan) sifat yang perlu ada pada setiap anggota dalam sesebuah organisasi Islam /  jamaah Islam. Tanpa sifat ini organisasi / jamaah tidak akan maju dan berkembang, tiada peningkatan dan tiada anggota yang berkualiti. Sekiranya sifat ini tiada pada Sinf (barisan) Qiayadah (kepimpinan), jamaah akan jumud dan hilang kewibawaannya. Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w terdiri daripada mereka yang serius dalam bekerja. Apabila sahaja turun ayat-ayat Allah s.w.t mereka berlumba-lumba untuk melaksanakannya. Mereka tidak sanggup menunggu kerana memahami maksud ayat Allah s.w.t :

Terjemahannya:

“ Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; “
(Surah ali Imran : 133 )

Terjemahannya :

“ Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh. “
(Surah ali Imran : 114)

Rasulullah s.a.w sentiasa ‘ motivate ‘ dan menggesa sahabat-sahabatnya supaya menjalankan kerja dengan bersungguh-sungguh bagi mengelakkan fitnah menimpa individu, keluarga, jamaah dan ummah seluruhnya. Sabdanya:

بادروا الى ا لآ عمال الصا لحة فا نه ستكون فتن كقطع الليل المظلم يمسى الرجل مؤمنا ويصبح كافرا, ويصبح مؤمنا ويمسى كافرا, يبيع دينه بعرض من الدنيا قليل

“ Segeralah melakukan amal soleh sebab akan berlaku fitnah besar bagaikan malam yang gelap gelita di mana seorang lelaki, paginya beriman apabila tiba petang hari berbalik kufur, petang ini beriman pagi esok kembali kufur kerana menukar deen dengan keuntungan dunia yang sangat remeh. “

Jiddiyah merupakan natijah daripada jelasnya fikrah Islamiyyah. Seseorang anggota dikira jelas fikrahnya apabila ia memiliki kefahaman berikut:

i. Memahami Islam sebagai sistem yang menyeluruh, ‘integrated’ di antara pelbagai aspek (syumul dan takamul). Fikrah Islam hanya boleh difahami setelah seseorang melalui proses tarbiyyah yang bersifat maidani dan waqie.

ii. Jelas matlamat (ghoyah ) jauh ialah mencapai keredhaan Allah s.w.t.

iii. Memahami dan sentiasa bekerja mengikut marhalah untuk mencapai matlamat dekat iaitu untuk menegakkan Daulah Islamiyyah bagi melaksanakan syariat Allah s.w.t di atas muka bumi. Memahami langkah-langkah untuk membangunkannya.

iv. Memahami ideologi, sistem, undang-undang dan peraturan yang bertentangan dengan Islam.

v. Memahami dengan jelas kenapa ia meneruskan kerja-kerja dakwah, beristiqamah dengannya dan sanggup menghadapi berbagai kesusahan, kepayahan, fitnah dan sebagainya. Memahami dengan jelas mengapa mereka berjumpa, bertamrin, berusrah, bermukhayyam, bermusafir , ziarah dan beraktiviti.

Tanpa memahami, meyakini dan berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikanya dalam kehidupan ia belum lagi mempunyai fikrah yang jelas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s