Peringatan Buat Para Murabbi Saat Dakwah Semakin Melebar

“Janganlah sambutan orang ramai itu menyibukkan kamu dari menyusun barisan dalaman dan menyediakan para pejuang yang mampu menghadapi segala kesukaran dan akan dapat bertahan lama.” [Syed Qutb, Kitab al-Syahid, m.s. 91]

Semalam kamu telah lalai kerana ingin banyak.. sekarang berimbanglah!

Oleh itu.. pertarungan kita sebenarnya adalah pertarungan tarbiyyah. Ia akan kuat dan mantap bila tarbiyyah dimantapkan dan murabbi menjalankan kerjanya dengan ‘smart’. Ia akan malap bila tarbiyyah lumpuh atau hanya dibuat secara melepas batuk di tangga.

Ini bermakna, apabila usaha tarbiyyah yang dibuat oleh beberapa kerat pimpinan murabbi ditumpukan kepada murid-murid, ia akan meninggalkan pengaruh dan kesan yang lebih mendalam apabila bilangan pelajarnya sedikit, secara ‘direct proportion.’ Kesannya akan berkurangan apabila bilangan mereka bertambah ramai. Kemerosotan kualiti tarbiyyah akan menyebabkan berlakunya tindakan spontan yang tidak berhaluan. Ketika itu terjadilah kebinasaan dan kemusnahan.

Jika demikian, untuk kebaikan kita dalam pertarungan ini maka golongan pemimpin yang menjaga kerja tarbiyyah tidak sepatutnya mentajmikkan murid yang ramai sehingga melebihi kemampuan usaha pentarbiyyahan. Inilah penyelesaian kedua yang diajar kepada kita oleh analisa fenomena tarbawiyyah bagi menjaga dari malapetaka tindakan melulu.

Sejarah harakah Islam tidak berapa lama dahulu telah dapat melihat pertambahan bilangan anggota tanpa mutu yang telah menyukar dan melalaikan harakah. Ini memaksa da’i hari ini untuk mengambil pengajaran. Perkembangan yang seimbang adalah pesanan untuk hari esok.

Kita katakan: Ia adalah pesanan untuk hari esok kerana kita dapati ramai orang telah melupakannya. Padahal, itulah wasiat lama dari Imam Hassan al-Banna Rahimahullah yang ditegaskan sejak tahun 1938 di dalam Muktamar Kelima. Ketika menjelaskan pelbagai jenis manusia ketika berdepan dengan kerja. Khayalan langsung tidak menyumbang apa-apa kerana ia hanyalah gambaran sahaja dalam memikul bebanan jihad.”

Hassan al-Banna telah berkata:

“Jadi saya mahu berterus terang betul-betul dengan kamu kerana tiada guna lagi saya berselindung. Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal. Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap. Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal. Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap.”

Ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ramai yang mampu bercakap namun hanya segelintir daripadanya yang mampu bertahan ketika beramal. Ramai di kalangan segelintir ini yang mampu beramal namun hanya segelintir sahaja di kalangan mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan amal yang nekad. Para mujahid yang kecil jumlahnya ini mungkin akan tersilap jalan dan tidak menepati sasaran jika tidak kerana mereka dipelihara oleh Allah. Kisah Talut menjelaskan apa yang saya katakan ini.

Oleh itu, siapkanlah diri kamu, pupuklah jiwa kamu dengan tarbiyah yang betul, latihan yang ketat dan ujilah diri kamu beramal dengan kerja-kerja yang keras, tidak disukai dan menyukarkan. Kekanglah dari segala kehendak dan adat kebiasaan yang biasa dilakukan oleh jiwa.”

[sumber: Al-Munthalaq oleh Muhammad Ahmad al-Rasyid]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s