Kajian Buku: Nasihat Buat Para Pemuda Di Jalan Dakwah

Ramai dari kalangan angkatan muda tertanya-tanya tugas apakah yang dituntut dari kita sekarang setelah kita thiqah (percaya) pada jalan dakwah supaya waktu dan usaha kita tidak hilang sia-sia di dalam perkara yang tidak berfaedah.

Kita merasa bahagia dan bangga dengan semangat begini, kerana jiwa yang demikian menunjukkan sikap positif yang dipunyai oleh beberapa ramai putera puteri kita kita yang muslim. Kita menghargai dan berbangga dengan mereka kerana mereka meminati Islam dan melibatkan diri mereka dengan bekerja untuk Islam dalam menentang kebatilan walaupun mereka telah mendengar dan membaca apa yang terjadi ke atas saudara-saudara mereka yang telah mendahului mereka di atas jalan dakwah ini.

“Mereka tidak menjadi lemah kerana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak pula menyerah (kepada musuh)”. Alilmran:146

Sebelum saya menjawab soalan ini, saya perlu mengingatkan supaya kita kembali mengingati apa yang telah disentuh terlebih dahulu tentang penentuan objektif-objektif yang ingin  kita capai dan merealisasikannya, menentukan berbagai-bagai peringkat jalan, penyelewengan dan rintangan-rintangan, dan apa yang telah kita terangkan berkenaan dengan tabiat peringkat yang kita sedang lalui sekarang.

Tabiat Marhalah Ini

Sesungguhnya kita sedang berada di dalam peringkat meneguhkan dasar (tapak) mukmin

yang di atasnya nanti akan kita bangunkan daulah Islam. Dasar itu kemudiannya akan menjelma di dalam diri individu muslim para pendokong akidah; keluarga Islam yang menjelmakan dan menterjemahkan Islam di dalam rumahtangganya dan beriltizam dengan segala ajaran dan pendapat umum Islam yang sedar, atau masyarakat Islam. Inilah tiga lapangan: iaitu individu, rumahtangga dan masyarakat, itulah bidang kerja yang sangat penting diusahakan sekarang. Inilah asas yang kuat untuk pembangunan Islam yang agung. Syiar kita, cogan kata pada peringkat ini ialah “perbaiki dirimu dahulu dan kemudian serulah orang lain”.

Ini adalah dua tuntutan yang pokok dan penting di dalam lapan perkataan sahaja tetapi kesimpulan amal dan asasnya, pencapaian menegak (vertical): Perbaiki dirimu dan pencapaian melintang (horizontal): Serulah orang lain. Sesungguhnya ia telah menjadi sunnah Allah, tidak akan merubah di dalam makhluknya:

“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”. ArRa’d: 11

Itulah realiti yang telah rosak, kecelakaan dan kesempitan, kemusnahan dan kebinasaan

yang dialami manusia zaman ini. Ia tidak akan berubah kecuali apabila kita merubah apa yang ada pada diri kita di samping beriltizam dengan jalan Allah.

Banyak dan Sedikit

Sesungguhnya bilangan muslim hari ini sungguh ramai sekali, tetapi mutunya rendah. Kita kekurangan pendokong-pendokong akidah yang mempunyai peribadi mukmin yang kuat yang berpengaruh yang mampu merubah realiti yang rosak dan merosakkan, yang mampu merubah kenyataan yang buruk, yang mampu membangunkan umat Islam yang baik. Saya teringat kata-kata hikmat dari Imam Hassan al-Hudaibi,

“Tegakkanlah daulah Islam dalam hati kamu supaya daulah Islam tegak di bumi kamu”.

Inilah bentuk dan kualiti lelaki berakidah, kualiti yang terbentuk di dalam madrasah Rasululiah s.a.w., terbentuk di bawah naungan Al-Quran dan terus bertambah baik melalui dakwah menyeru manusia kepada agama Allah, mempersaudarakan mereka pada jalan Allah yang terikat dengan ikatan akidah Islam dan inilah ufuk ikatan. Akhirnya madrasah Rasululiah s.a.w. itu berjaya membentuk peribadi muslim di kalangan sahabatnya dengan pertolongan dan ketentuan Allah dan mereka terus membangunkan daulah Islam, negara Islam yang agung.

Di atas jalan itulah kta mesti berjalan, terdidik dan terbentuk bawah naungan al-Quran dan sunnah Rasululiah s.a.w. dan di atas jalan inilah kita seru manusia pada jalan Allah, di atasnyalah kita bersaudara dan bersatu.

Perbaiki Diri

Memperbaiki diri, itulah langkah pertama, kerana kekuatan yang lazim dan perlu untuk

memenangkan yang hak dan mengalahkan yang batil tersimpul di dalam tiga bentuk menurut susunan yang berikut:

a. Kekuatan iman

b. kekuatan kesatuan

c. Kekuatan tangan dan senjata.

Inilah dia susunan kekuatan yang telah dilalui dan telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai satu manhaj yang mesti dilalui oleh setiap generasi Islam sepanjang zaman. Inilah manhaj yang mesti kita lalui. Adalah merbahaya apabila digunakan kekuatan tangan dan senjata untuk merubah realiti yang batil sebelum dapat dibuktikan dan direalisasikan kekuatan iman dan kekuatan kesatuan.

Oleh kerana itu kita mestilah selalu mengingatkan diri kita agar sentiasa mengawasi setiap arahan dan tindakan yang menyalahi susunan dan tertib ini dalam berbagai-bagai peringkat kerja, usaha dan persiapan yang boleh membahayakan amal Islami supaya usaha tidak menjadi sia-sia dan jiwa manusia tidak terkorban pada tempat dan waktu yang tidak sesuai.

Silaplah anggapan bahawa Rasululiah s.a.w., pada permulaan dakwah, telah melupakan jihad dan persediaannya, semata-mata kerana baginda tidak melibatkan diri di dalam jihad pada masa permulaan dakwahnya. Sebenarnya pada waktu itu baginda menyediakan dasar (tapak) iman dan tangan-tangan mukmin yang akan muncul senjata pada waktunya supaya dia akan berjihad dengannya tanpa lemah dan ragu-ragu dan mengorbankan jiwa dengan murahnya pada jalan Allah swt.

Perjanjian Aqabah (Bai’atul Aqabah 2) menjelang hijrah Rasulullah ke Madinah menjadi bukti yang baik yang membuktikan ke atas pengetahuan Rasulullah s.a.w bahawa akan datang masanya yang baginda mesti melaksanakan jihad pada waktu tersebut. Oleh itu, salah satu daripada kandungan bai’ah dan perjanjian itu ialah bahawa pihak Ansar mesti melindungi Rasulullah saw. sebagaimana mereka melindungi isteri-isteri dan anak-anak mereka.

Adalah salah anggapan yang menyangka bahawa Ikhwanul Muslimin telah melupakan aspek jihad semata-mata kerana mereka tidak melibatkan diri mereka di dalam peringkat pembentukan itu. Bagaimana mereka boleh melupakannya padahal jihad itu adalah satu rukun dari rukun-rukun bai’ah mereka dan Imam as-Syahid Hassan al-Banna telah menulis risalah berkenaan dengan jihad. Malah syiar mereka: “jihad itu jalan kami dan kami mati pada jalan Allah seting-tinggi cita-cita kami”.

Jihad mereka tidak hanya terbatas kepada lisan dan tulisan sahaja, bahkan mereka melaksanakan jihad secara amal praktikal di medan-medan pertempuran, contohnya di dalam pertempuran Palestin dan mereka telah menunjukkan teladan yang paling istimewa yang menakutkan musuh-musuh mereka di Palestin dan Terusan Suez. Akhirnya mereka telah menghantar beberapa banyak syuhada di dalam pertempuran tersebut.

Boleh jadi ada orang yang menyangka (khasnya golongan pemuda yang sungguh-sungguh bersemangat) bahawa mereka tidak akan mendapat ganjaran dan pahala dari Allah di atas usaha dan mujahadan yang mereka lakukan sekiranya kemenangan dan kekuasaan Islam itu tidak tercapai di tangan mereka dan di masa hidup mereka. Sangkaan sedemikian mendorong mereka untuk terburu-buru mempercepatkan kemenangan walaupun terpaksa mengabaikan persiapan yang rapi dan tertib langkah-langkah perjuangan. Ini adalah pemikiran yang salah. Sebelum ini kita telah menyebutkan bahawa kita hanya bertanggungjawab membuat kerja dan memperbaiki kerja dan usaha kita, mengikhlaskan niat kita dan bekerja dengan niat yang sebenar, tetapi kita tidak bertanggungjawab akan hasilnya.

Sebagaimana kita menyebut juga bahawa zaman itu diukur menurut umur ummah dan dakwah, bukan diukur menurut umur individu-individu. Adalah tidak keterlaluan jika kita katakan sesiapapun mudah membuat sesuatu kerja dan mengorbankan hidupnya kerana Allah, tetapi untuk menundukkan nafsu dan melatih akhlak-akhlak dan adab-adab Islam di dalam diri adalah amat susah dan payah sekali.

Untuk merealisasikan cita-cita yang kita hendak capai, kita memerlukan kepada jiwa-jiwa besar yang mempunyai kemahuan yang keras, yang mempunyai kesetiaan yang tetap dan tahan, yang mempunyai iman yang benar, yang mampu dan rela memberikan pengorbanan yang banyak.

Di dalam pengertian inilah Imam as- Syahid berkata di dalam tajuk “Dari Mana Kita Mulakan”.

“Sesungguhnya membentuk umat-umat dan mendidik bangsa-bangsa, mencapai cita-cita, menolong pegangan hidup, memerlukan ummah yang menghendaki demikian atau sekurang-kurangnya golongan yang menyeru kepadanya, memerlukan kekuatan jiwa yang besar yang tergambar di dalam beberapa perkara: kekuatan kemahuan yang tidak mengenal kelemahan, kesetiaan yang tetap dan tidak mengenal kepura-puraan dan pengkhianatan, pengorbanan yang banyak yang tidak dapat dihalang oleh ketamakan dan kebakhilan, makrifah dengan prinsip pegangan hidup dan percaya kepadanya dan menghargainya dan memelihara dari kesalahan, penyelewengan dan apologetik di atasnya ataupun terpedaya dengan yang lainnya. Di atas kekuatan jiwa yang agung inilah dibangunkan pegangan hidup dan dididik ummah yang baru bangun. Di atasnya juga dibentuk bangsa-bangsa yang muda dan diberi nafas kehidupan di kalangan rakyat yang telah lama dinafikan hak-hak kehidupan. Tiap-tiap bangsa yang tidak mempunyai empat sifat ini ataupun sekurang-kurangnya tidak mempunyai pemimpin-pemimpin dan penyeru-penyeru yang memperbaikinya, inilah bangsa yang sia-sia dan miskin, bangsa yang tidak akan sampai kepada kebaikan dan tidak dapat mencapai satu cita-cita. Bangsa yang demikian hanya hidup di dalam mimpi, sangkaan dan waham:

“Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran”. Yunus: 36

Dari sinilah kita tahu bagaimana pentingnya memperbaiki diri sendiri dan peranannya yang asasi di dalam jalan dakwah dan merealisasikan segala cita-cita supaya kita mengambil dan mempergunakan berbagai-bagai sebab untuk memperbaikinya dengan kekuatan dan penuh kepuasan walaupun kita terpaksa memikul bebanan yang berat, menggunakan usaha, waktu, sabar dan menyabarkan, mengoreksi, muhasabah dan muraja’ah.

Nafsu itu seperti kanak-kanak, sekiranya ia dibiarkan, ia akan terus membesar dengan mencintai susu, tetapi apabila anda pisahkan dia dari menyusu, dia akan berhenti menyusu. Tidak syak lagi bahawa membangunkan insan lebih susah daripada mendirikan kilang dan bangunan. Apa yang saya maksudkan di sini ialah membentuk insan yang soleh. Tanpa mereka tidak mungkin dilaksanakan satu kebaikan dan peningkatan kerana sesungguhnya Allah tidak akan memperbaiki amal usaha orang-orang yang rosak, orang yang sabar menentang nafsu mereka dan tidak sabar mendidik diri mereka, meragui jalan tarbiah, dan mempersiapkan diri mereka lalu menghiasi diri mereka dan orang lain dengan mengambil jalan pendek, menggunakan kekuatan sebelum tiba masanya, kerana pendapat dan tindakan yang demikian adalah merbahaya.

Syeikh Mustafa Mashur:  Jalan Dakwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s