Fikrah Islamiyyah

Apa yang dimaksudkan dengan Fikrah Islamiyyah ialah Islam itu sendiri. Deen Allah s.w.t yang kekal dan mencakupi semua bidang.  Deen Allah s.w.t yang bersifat syamil dan kamil.  Deen Allah s.w.t yang mana kita tiada hak  dan kuasa untuk menambah dan mengurangkan mana-mana bahagian serta tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mendahuluinya.

Dalam masyarakat yang tidak ada  Tarbiyyah Islamiyyah,  maka berlakulah pendahuluan daripada fikrah.  Deen itu tidak diletakkan di hadapan dan tidak tahu di mana kewujudan Deen tersebut.  Firman Allah s.w.t :

Terjemahannya:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului  Allah dan Rasul Nya dan bertaqwalah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui

( Surah al Hujuraat : 1 )

Ini bererti jangan bertindak mendahuhui Islam.  Oleh itu sikap kita ialah kita menjadi pengikut Islam, bukan Mubtada’ (pereka).  Kita tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menokok tambah Islam.

Kewajipan kita ialah memahami Islam sebagaimana ia mesti difahamkan, bukan mengikut kefahaman kita sendiri.  Oleh yang demikian kita adalah di belakang Islam.  Masyarakat kini menyesuaikan Islam dengan suasana nafsu mereka, bukannya menyesuaikan nafsu dengan  Islam.

Continue reading