Kajian Buku: Al Awaiq (1)

Sejambak Mawar Merah.

awaiqSesungguhnya jalanraya yang cantik dan luas akan menggairahkan saudara untuk menggunakannya. Daripadanya akan muncul lorong-lorong yang sempit dan selekoh yang tajam. Polis Trafik tidak akan membiarkan saudara memandu kenderaan melaluinya tanpa meletakkan papantanda-papantanda awas berwarna merah dan isyarat-isyarat menandakan tempat merbahaya.

Akan dilukiskan kepada saudara garis tegak ditengah tanda segitiga meminta saudara berjaga-jaga, garis putih melintang ditengah bulatan merah menegah saudara masuk, anak panah patah berpalang merah disebelah anak panah lurus melarang saudara memotong kenderaan yang bergerak di hadapan saudara.

Sesiapa sahaja yang melalui jalan ini dan mematuhi segala tanda-tanda jalan, nescaya beliau akan sampai ketujuannya dengan hati yang tenang, aman dan penuh kegembiraan.

Jalan gerakan amal Islami juga terlalu luas, tetapi keadaannya adalah serupa. Kerana akan terdapat padanya ijtihad-ijtihad yang menyeleweng dan mengikut hawa nafsu di sebelah menyebelahnya. Disekitarnya terdapat lorong-lorong yang sempit, simpang-simpang maut dan halangan-halangan yang membantut perjalanan.

Perasaan cemburu kami terhadap keselamatan saudara menegah kami membiarkan saudara melalui jalan dakwah ini, tanpa kami menerangi jalan saudara dalam barisan yang lurus dengan cahaya yang terang bergemerlapan supaya tersingkap tabir yang melindungi jalan-jalan saudara setelah hilang kegelapan fitnah dan tanpa kami mengingatkan saudara terhadap rintangan-rintangan dan segala lorong-lorong sempit dengan isyarat merah supaya `langkah permulaan’ perjalanan saudara selamat.

Tetapi hubungan di antara kita ialah hubungan hati, perasaan yang halus, makna-makna yang sampai kepada saudara dengan kebanggaan dan penuh kelembutan. Maka kami enggan untuk menjadikan isyarat kami berupa garis-garis dan panah, tetapi telah tumbuh di bumi hati kami mawar merah yang membalikkan kelopaknya dengan sinaran jiwa-jiwa mukminin daripada salafus soleh yang bersih dan sinaran ruh para penyair untuk mengingatkan saudara kepada marabahaya di jalan dakwah.

Inilah mawar yang tumbuh ditanahku telah nyata kemerahan dalam larutan hati kami, maka terimalah ia, dengan hati ini lembutkanlah hatimu, maka padaku sekeping hati, dan hati seumpama ini sudah bermadai bagiku.

Sebagaimana telah tumbuh dihati Iqbal sebelum ini dan telahpun dia tinggalkan dengan hadiah syair `al Hijaziah’.

Kami tidak tahu selepas ini, apakah kemerahan pekat yang mewarnai hati kami merupakan merah malu terhadap realiti kebanyakan duah yang kami terlibat bersama mereka. Kerana mereka telah terlalai dengan membiarkan perasaan ingin memenangkan diri sendiri menguasai dirinya daripada neraca syarak ketika berlaku perselisihan faham. Lantaran itu mereka terjerumus kedalam suasana konflik yang menghilangkan peluang, sedangkan kejayaan telah hampir kepada mereka sekiranya mereka bertenang untuk menguji kekuatan sebelum berperang?.

Atau ianya merupakan kemerahan darah yang mengalir menyirami mawarku daripada hati yang telah luka disebabkan penderitaan umat Islam dan fitnah duah tadi di waktu yang menuntut kepada kita kesungguhan yang berlipat ganda supaya sesuai dengan keperluan ?.

Tetapi darah yang mengalir daripada luka ini amat menyakitkanku.Tidak sanggup untuk menahan rintihan sakan kesakitan lantas bahasa kami yang halus bercampur dengan leteran pedas. Semoga rintihan kami akan memecahkan kekerasan hati mereka yang berselisih dan kepanasan marahnya menurun kembali kepada persaudaraan.

Malah tulisan ini merupakan satu pengiktibaran sebagai mencontohi Kamal Abdul Rahim Rasyid dalam sendunya bersama `kumpulan terasing’.

Pada hari dia disakiti oleh luka yang memedihkan, lalu dia menangis sehingga menangislah mereka yang bersamanya.

Itulah luka lama yang mendarahi hidung, dijadikan qasidah dan diulanginya.

Kami bawakan syair ini ialah untuk menghidupkan qasidah fuqaha’ dakwah. Pengulangan ini juga akan menjadikan mereka yang memiliki hati yang benar akan sama-sama menangis.

Tetapi tangisan ini tidaklah boleh dikaitkan dengan tangisan kekecewaan dan putus asa, kerana adalah suatu keaiban kita menangisi tangisan yang dilarang oleh syarak. Begitu juga adalah satu kezaliman kepada generasi baru dakwah untuk kita menagisi dengan tangisan ini. Sedangkan kita melihat mereka mebuka pintu-pintu harapan dengan semangat yang tinggi, penuh niat dan keazaman untuk mencapainya. Sebaliknya ianya merupakan tangisan yang wajib lahir daripada fitrah setiap jiwa apabila menghadapi suasana yang menyedihkan bercampur dengan tangisan malu kepada Allah swt yang sentiasa memerhati.

Maha Suci Allah yang suka melihat kelopak mata hambanya yang berlinangan dengan airmata ketakutan selepas melakukan kesilapan.

Turunlah wahai saudara, siramilah mawarku. Sesungguhnya dihadapanmu terdapat tempat gelincir dan rintangan yang akan menghalangimu. Kelopaknya yang merah dibelai bayu iman, mengingatkan anda dengan adab-adab perjalanan di atas … jalan ini.

Soalan Kefahaman.

1. Apakah hubungan antara lebuhraya yang luas dengan jalan dakwah sehinggakan penulis menjadikannya sebagai perbandingan.?

2. Apakah akan terjadi kepada kenderaan yang bergerak laju dilebuhraya yang tiada papantanda.?

3. Apakah peranan yang ingin disumbangkan oleh penulis dalam buku ini.?

4. Apakah perbezaan antara tanda-tanda dilebuhraya dengan petunjuk jalan dakwah yang ingin dikemukakan oleh penulis.?

5. Apakah yang menyebabkan hati penulis terluka dan sehinggakan beliau menangis.?

6. Apakah tangisannya itu dibenarkan syarak, kenapa?

7. Kenapakah agaknya penulis membandingkan tulisannya ini bagai sekuntum mawar merah yang tumbuh dihatinya yang ingin dihadiahkan kepada saudara?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s