Q4: Membicarakan Kesalahan dan Aib Orang Lain

akhlakSalam, saya masih baru dalam program usrah. Saya pernah mengikuti usrah semasa belajar di luar Negara. Dalam usrah tersebut, naqib dan ahlinya selalu membicarakan kelemahan individu lain, khususnya dari jamaah/organisasi yang berbeza. Sebaliknya mereka mengatakan bahawa gerakan merekalah yang lebih benar dan betul. Apa pandangan tuan berkenaan perkara ini. (Muslimat Keliru – melalui email)

Salam kembali,
Penulis tidak mampu menjawabnya dengan sebaik mungkin. Semoga yang bertanya dapat juga bertanyakan permasalahan ini kepada para ulama yang lebih wibawa dan ikhlas dalam melaksanakan kerja-kerja menyeru manusia kepada Allah. Walaubagaimanapun penulis cuba mengupas permasalahan ini berdasarkan daripada tulisan-tulisan ulama-ulama muktabar.

Sebagai seorang dai’e, kita seharusnya sibuk dengan memuhasabah aib diri sendiri, tidak mencari-cari cacat cela orang lain dan sedia memaafkan kekhilafan mereka. Menurut seorang ulama zuhud, Syeikh as-Sarri as Saqathi al-Baghdadi dari Bashrah, beliau mengatakan adalah amat mendukacitakan dan mencemaskan apabila menjalarnya penyakit mencari-cari keburukan orang lain di tengah-tengah kelompok orang-orang yang sedang berjalan menuju Allah. Beliau pernah mengatakan:

”Aku tidak pernah melihat hal yang lebih mudah menghilangkan amal baik, lebih merosakkan hati, lebih cepat menghancurkan seorang hamba, lebih lama membuat sedih, lebih dekat pada laknat, lebih banyak membuat orang mencintai sifat riya’, ’ujb dan cinta kekuasaan…dari sedikitnya pengetahuan seorang hamba pada aib dirinya sendiri sedangkan ia hanya memandang aib orang lain.”

Mengapa hal ini boleh terjadi di kalangan para da’ie? Menurut Syeikh Muhamad Ahmad Ar Rasyid, penyakit ini tidak lain adalah fenomena dari sikap pembelaan terhadap diri sendiri. Kedua adalah kerana kelalaian sang da’ie dalam memperhatikan kekurangan diri sendiri. Biasanya golongan yang mengidap penyakit ini akan saling menganjurkan penyembunyian keutamaan dan kebaikan orang lain dan mengungkapkan kesalahan orang tersebut.

Dalam kitab Miftah Daar as Sa’adah karangan Ibnu Qayyim, beliau ada menukilkan ungkapan dari an-Nassabah al Bakri yang berkata kepada Ru’bah bin al-Hajj:

”Apakah musuh muru’ah (akhlak mulia)?” Ru’bah menjawab: ”Kamulah yang akan mengatakan kepada saya”. An Nassabah berkata: ” Mereka adalah saudara-saudara yang buruk. Apabila melihat kebaikan saudaranya, mereka menyembunyikannya, namun apabila melihat suatu keburukan saudaranya, mereka menyebarkannya.”

Penyebab lain mengapa penyakit ini berlaku adalah kerana sikap keterlaluan dan melebih-lebihkan dengan memakai kanta pembesar untuk memeriksa kesalahan dan dosa orang lain. Abu Hurairah r.a. pernah menyebut di dalam kitabnya, Fadhlullah as-Shamad Syarh al-Adab al-Mufrad, tentang perilaku buruk mereka, beliau mengatakan:

”Seseorang di antara kamu dapat melihat debu di mata saudaranya, sedangkan ia lupa adanya kambing di depan matanya sendiri.”

Ubat penyakit ini tidak ada yang lain selain dari menyuburkan kembali perasaan Muraqabatillah, iaitu mengingati pengawasan Allah Yang Maha Mengawasi, kerana inilah terapi yang paling strategik.

Hendaklah seseorang hamba menyedari bahawa Allah swt. selalu dekat dengan hatinya, dan selalu mengawasi lidahnya. Hendaklah ia lebih memilih diam seraya bertaubat kepada Allah swt. Hendaklah ia mencegah sahabatnya jika pada hari berikutnya mengajaknya hadir dalam sebuah pertemuan yang mencerca saudaranya. Hendaklah ia menerangkan masalah tersebut, menasihatinya dan menceritakan kepadanya tentang cahaya Allah yang telah menerangi hatinya lalu menerangi salah satu sudut hati yang dulunya gelap dan katakanlah kepada mereka:

”Jangan kau cari kesalahan manusia selama itu telah tertutup kerana dengan begitu Allah akan menyingkapkan salah satu tabir aibmu. Sebutlah kebaikan mereka, apabila nama mereka disebut. Janganlah kamu mencela seorangpun dari mereka dengan apa yang kamu ketahui.”

Apabila sahabat tersebut tidak mahu mendengar nasihat, hendaklah anda meninggalkannya dan teruslah berlalu di jalan dakwah yang penuh cahaya ini. Apabila seorang hamba bertaubat kepada Allah seraya diam dari membicarakan aib orang lain dan menasihati sahabatnya kerana Allah, lalu ia berdoa kepada Allah dengan merendahkan diri, maka ia beroleh cahaya kebaikan. Sentiasalah berdoa dan bermunajat kepada Allah:

” Sesungguhnya pada diri ini terdapat kebencian pada beberapa manusia. Ya Allah!, Perbaiki diriku dan jadikan aku mencintai mereka. Basuhlah kedengkian dan hawa nafsu dari hatiku dan berikan aku penolong untuk memegang setiap kebenaran.“

Amin.

Wallauhu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s