Kenapa Jemu Dengan Tarbiyah

akhirat2Kita pernah dan ada yang telah lama duduk dalam Medan Tarbiyah.. Kita kadang-kadang rasa jemu dengan Tarbiyah. Kenapa ?

Ini merupakan persoalan yang perlu kita renungkan dan cari jawabannya. Jika kita benar-benar meyakini jalan yang kita lalui sekarang iaitu jalan Tarbiyah dan Da’wah. Persoalan ini jika tidak dijawab ianya mungkin akan melemahkan dan menyebabkan kita rasa jemu untuk terus duduk dalam Medan Tarbiyah. Kita mungkin tidak dapat Istiqamah dalam Medan Tarbiyah.

Mustafa Masyhur menyebut; “Tarbiyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyah.”


Ini menjelaskan kepada kita bahawa Tarbiyah bukan matlamat/Ghayah kita tetapi merupakan wasilah untuk kita mencapai Ghayah Kubra iaitu Mardhatillah. Tarbiyah adalah wasilah utama untuk kita sampai kepada matlamat kita. Tanpa melalui proses tarbiyah kita tidak akan sampai kepada matlamat yang dicitakan.

Proses tarbiyah ialah proses untuk mempersiapkan rijal-rijal yang akan mendokong Deen Allah swt. Hanya melalui tarbiyah, peribadi mukmin akan dibina; iaitu peribadi yang menyedari dan merasai tuntutan-tuntutan iman kepada Allah swt.

Sebagaimana juga Dakwah, Jalan Tarbiyah ialah jalan yang panjang dan mempunyai banyak tahapan. Jika kita hanya berada di satu tahapan sahaja tanpa ada peningkatan maka kita akan merasa jemu dengan tarbiyah. Namun begitu untuk meningkatan diri kita dari satu tahap ke satu tahap yang lain kita perlu memenuhi syarat-syarat tertentu. Akan tetapi yang pastinya tarbiyah menuntut kepada amal; iaitu amal yang akan membuka hijab kita kepada suatu dimensi baru dalam tarbiyah. Suatu dimensi yang hanya akan dirasai oleh mereka-mereka yang telah beramal dengan fikrah yang ada padanya.

Di sinilah akan berlakunya satu peningkatan dalam proses tarbiyah. Ini adalah kerana tarbiyah kita ialah Tarbiyah Mas’uliah. Kita tidak ditarbiyah hanya untuk menjadi penyokong Islam ataupun pemidato-pemidato, penceramah-penceramah atau pensyarah-pensyarah yang boleh melemparkan kata-kata yang boleh menyebabkan manusia ta’ajub dengan Islam. Tetapi Tarbiyah kita ialah untuk melahirkan pendokong-pendokong Islam atau Rijal-Rijal Aqidah yang akan mengubah suasana yang mungkar kepada suasana yang ma’aruf dengan penuh keihklasan dan menggunakan qaedah-qaedah atau uslub-uslub yang benar.

Kerja-kerja merawat dan memulihkan ummat yang rosak serta kerja-kerja membina suasana ma’aruf dalam suasana manusia bangga dengan kemungkaran adalah kerja-kerja yang besar dan memerlukan persediaan dan bekalan yang banyak. Kita yang merasa taklif Rabbani ini tidak akan merasa jemu dengan Tarbiyah bahkan kita disetiap masa sentiasa berhajat kepada tarbiyah kerana hanya dengan tarbiyah kita dapat membina kekuatan-kekuatan dan menyediakan bekalan-bekalan yang secukupnya. Analoginya mudah; jika kita hendak melakukan kerja-kerja yang ringan tentu kita hanya berhajat kepada bekalan-bekalan yang sedikit. Tetapi jika kita sedang menuju kepada suatu destinasi yang jauh untuk suatu pekerjaan yang besar, tentunya kita berhajat kepada bekalan-bekalan yang banyak.

Wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s