USRAH DALAM KONTEKS PEMBENTUKAN UMMAH (5)

Pengisian dalam usrah

universiti tarbiyahAlangkah banyaknya kewajipan yang perlu dilaksanakan dan alangkah sedikitnya masa yang kita miliki untuk melaksanakan kewajipan yang banyak. Bahan-bahan yang perlu diisi dalam usrah sebenarnya sangat banyak. Secara ringkas, pengisian kita boleh dinyatakan seperti berikut:

1. Membaca risalah-risalah, pelajaran-pelajaran dan arahan-arahan daripada qiyadah. Juga bermuzakarah mengenai perkara-perkara berkaitan Islam dan waqi’.

Suasana bermuzakarah hendaklah berjalan dalam keadaan syar’i. Yakni hendaklah menjaga adab dan tatasusila perbincangan tanpa pertelingkahan atau meninggikan suara kerana perbuatan ini bercanggah dengan fiqhul usrah.

Oleh itu suasana penerangan dan dialog dalam usrah hendaklah berjalan dalam batas-batas akhlak dan saling hormat menghormati. Sekiranya sesuatu masalah tidak dapat diselesaikan dalam usrah, maka masalah itu boleh dibawa kepada qiyadah tanpa diheboh-hebohkan keluar. Al-Quran memberikan panduan berhubung hal ini sepertimana ayat:

”Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyebarkannya, padahal kalau mereka menyerahkannya kepada rasul dan ulil amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya daripada mereka (rasul dan ulil amri), kalaulah tidakl kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikuti syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu).”

(An-Nisa’ : 83)

Ayat ini berkaitan dengan peristiwa di zaman Rasululllah Sallallahu’alaihiwasallam, di mana satu berita fitnah telah menimpa Saidatina A’isyah (yang tertinggal dalam satu peperangan). Belum apa-apa beita itu telah diheboh-hebohkan di kalangan masyarakat. Kalaulah hal itu, dari awal-awal lagi, dipulangkan kepada Rasululllah Sallallahu’alaihiwasallam dan ketua-ketua di  kalangan orang-orang Islam, maka akan terkawallah berita fitnah itu dan tidaklah berlaku masalah di kalangan orang-orang Islam.  Dan juga golongan yang ingin memecahbelahkan umat Islam tidak akan dapat mengambil kesempatan.

Oleh itu, bagi kita, apabila timbul sesuatu masalah, kita tidak boleh heboh-hebohkan masalah itu keluar. Kita pulangkan masalah itu kepada masul atau kepimpinan untuk menyelesaikannya.

b. Pengajian-pengajian yang berfaedah yang diambil dari buku-buku fikrah atau buku-buku yang dikarang oleh ulama’ yang muktabar.

c. Mengemukakan masalah atau musykilah, di mana semua anggota usrah, dalam suasana ukhuwwah dan ikhlas kerana Allah Subhanahuwata’ala,  mengambil bahagian dalam menyelesaikan masalah tersebut. Ini akan dapat mengukuhkan lagi kethiqahan dan hubungan sesama anggota usrah. Sabda Rasululllah Sallallahu’alaihiwasallam:

”Orang mukmin adalah cermin saudaranya.”

Dengan itu akan tercapailah maksud daripada sabda Rasululllah Sallallahu’alaihiwasallam (yang bermaksud):

”Orang mukmin dalam hubungan kasih sayang mereka seperti satu badan. Sekiranya satu anggota dari satu badan itu mengadu sakit maka semua anggota akan tidak tidur dan demam.”

Tuntutan hadith ini hendaklah benar-benar terlaksana dalam kehidupan kita.

Memperbanyakkan aktiviti ukhuwwah dan kasih sayang

Dalam berusrah, kita perlulah mewujudkan pelbagai aktiviti ukhuwwah dan kasih sayang seperti menziarahi saudara yang sakit, membantu yang susah, bertanya khabar yang tidak hadir atau lama tidak berjumpa dan menghubungi semula sahabat-sahabat yang lama  terputus dengan program-program tarbiyah. Kita juga boleh mengadakan lawatan-lawatan ke tempat-tempat bersejarah, kilang-kilang perusahaan dan sebagainya dalam rangka untuk mempereratkan ukhuwwah di samping dapat memahami realiti.

Oleh itu kita perlu memperbanyakkan aktiviti-aktiviti ukhuwwah. Tanpa aktiviti, tidak akan wujud ukhuwwah. Kita perlu bercakap, berbual, bergaul, bertukar-tukar hadiah, qiyamulail bersama, puasa bersama, bermusafir bersama, berkelah, menaiki sampan, beriadhah dan sebagainya. Semua suasana ini cukup membantu untuk memperkukuhkan ukhuwwah. Jika kita tinggal berseorangan tanpa mahu beraktiviti dengan sahabat-sahabat, maka tidak akan lahir ukhuwwah.

InsyaAllah, dengan cara kita melaksanakan semua perkara di atas, kita akan dapat mewujudkan usrah yang berkesan ke arah membentuk ummah Islamiyah yang melaksanakan hukum-hukum Allah Subhanahuwata’ala.

Oleh: Syeikh Abu Muhammad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s