USRAH DALAM KONTEKS PEMBENTUKAN UMMAH (3)

ukhwahRukun Usrah.

Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna telah mengemukakan cara-cara untuk mewujudkan usrah dalam ertikata sebenar. Beliau telah menetapkan tiga rukun usrah untuk menjayakan usrah sebagai binaan bagi Islam.

Rukun-rukun usrah ini perlu ditegakkan dalam ertikata sebenar dalam kehidupan berjamaah. Rukun-rukun ini hendaklah dipelihara agar tidak menjadi suatu taklif atau tanggungjawab tanpa roh. Suatu taklif tanpa roh akan menjadi suatu bebanan yang dirasai sangat berat,  atau akan menjadi suatu tanggungjawab yang mati dan tidak bersemangat.

Kita perlu pelihara supaya setiap tanggungjawab kita mempunyai roh dan perasaan. Dan juga supaya kita merasai kelazatan dalam menjalankan sesuatu  tanggungjawab.

a. Rukun Pertama: At-Ta’aruf (saling kenal mengenali)

At-ta’aruf ialah kenal mengenali antara satu sama lain. Yakni,  bukan sekadar mengenali, tetapi juga dikenali. Pengenalan itu hendaklah berlaku antara di kedua-dua pihak, antara naqib dan anggota serta antara sesama anggota. Ta’aruf yang sebenar akan hanya dapat dilahirkan apabila anggota-anggota mengikuti proses tarbiyah dalam pelbagai suasana.

Ta’aruf hendaklah diusahakan hingga sampai ke peringkat lahir kasih sayang dengan roh Allah Subhanahuwata’ala, iaitu keimanan. Kita kasih kepada seseorang bukan kerana adanya ikatan kekeluargaan, tetapi kerana ia beriman, bertaqwa dan patuh kepada ajaran Allah Subhanahuwata’ala.

Hendaklah kita merasai sungguh-sungguh hakikat ukhuwwah dalam ta’aruf kita.

Di samping itu kita juga perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelakkan apa jua suasana atau keadaan yang boleh mengeruhkan kejernihan ukhuwwah. Dalam hal ini, kita perlulah mempraktikkan ayat-ayat Allah Subhanahuwata’ala dan hadith-hadith Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam berkaitan ukhuwwah.

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

”Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara”

– Surah Hujurat : ayat 10.

Firman Allah Subhanahuwata’ala lagi:

“Hendaklah kamu berpegang dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah belah.”

– Surah Ali ‘Imran: ayat 103.

Ayat ini (surah Ali ‘Imran, ayat 103) bermaksud apabila kita iltizam dan intizam dengan perintah Allah Subhanahuwata’ala sepenuhnya maka Ukhuwah Islamiyyah akan lahir dan terpelihara.

Seterusnya, banyak hadith-hadith Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang menyatakan tentang ukhuwwah. Antaranya (yang bermaksud):

“Orang mu’min pada orang mu’min lain adalah sebagai satu binaan yang saling memperkuatkan setengah dengan setengah yang lain.”

“Orang muslim adalah saudara pada muslim yang lain. Ia tidak menzalimi dan tidak melepaskan dia kepada kebinasaan.”

”Perbandingan orang-orang mukmin dalam ertikata kasih sayang mereka, dalam perasaan belas kasihan mereka, dan dalam persimpatian mereka adalah laksana badan yang satu”

Berdasarkan hadith di atas, hendaklah kita menjaga saudara muslim daripada jatuh ke lembah kebinasaan. Menjaga di sini bermakna kita mengislah dan menasihati dengan berhikmah dan bertujuan mendapatkan keredhaan Allah Subhanahuwata’ala.

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Maka hendaklah kamu mengislahkan anatara dua saudara kamu itu.”

– Surah Al-Hujurat : ayat 10

Apabila terlaksana ta’aruf, maka akan lahirlah ukhuwwah dan kasih sayang.

Jika terdapat faktor-faktor yang menjejaskan ukhuwwah, seperti curiga dan rasa tidak selesa, maka hendaklah kita memproses jiwa kita sungguh-sungguh agar ia benar-benar kembali bersih dan tidak mencemarkan ukhuwwah.

Apabila ta’aruf kita telah sampai ke peringkat sebegini maka senang dan mudahlah untuk kita melaksanakan kerja-kerja dalam jama’ah bagi mencapai matlamat yang dicita-citakan. Tiada lagi rasa gelisah, takut, bimbang dan curiga untuk bekerja bersama-sama sahabat. Kita akan merasa yakin dan thiqah kepada sahabat-sahabat atau anggota-anggota usrah. Hendaklah hakikat ini benar-benar mengambil tempat dalam kehidupan kita.

Dalam realiti masyarakat, ukhuwwah sepertimana yang dinyatakan di atas hanya menjadi mainan dan perbincangan di bibir mulut semata-mata. Bahkan ia dianggap sekadar impian atau angan-angan sahaja. Setelah datang Jama’ah Ikhwan Muslimin yang dipimpin oleh Asy-Syahid Al-Imam Hasan Al-Banna, maka hakikat ukhuwwah yang tinggi dan suci, berdasarkan ajaran Allah Subhanahuwata’ala dan Rasul-Nya, telah dapat direalisasikan.

Asy-Syahid Al-Imam Hasan Al-Banna mengungkapkan pengertian ukhuwwah seperti berikut:

”Yang dimaksudkan dengan ukhuwwah ialah ikatan dan roh dengan ikatan aqidah. Aqidahlah satu-satunya ikatan yang paling kukuh dan paling bermutu. Ukhuwwah yang sebenarnya ialah ukhuwwah iman sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur’an:

’Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara’

Pecah belah pula ialah saudara kepada kekufuran.”

Ukhuwwah sebegini akan menghalang perpecahan dalam jama’ah. Perlu ditekankan sekali lagi di sini bahawa ukhuwwah yang sebenarnya adalah hasil daripada proses tau’iyyah dan tarbiyyah yang betul.

Daripada ukhuwwah iman akan lahirlah kekuatan wehdah (kesatuan). Tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang. Bermakna, jika tiada kasih sayang, kita tidak akan dapat bersatu. Jama’ah pula tidak wujud tanpa penyatuan.

Kasih sayang yang paling minima ialah dengan adanya salamatussadr (hati sejahtera dengan sahabat). Yakni tiada perasaan yang tidak baik dengan sahabat.

Apabila kita melihat keaiban-keaiban ada pada sahabat, maka hal ini tidak menjejaskan kasih sayang padanya. Cara untuk terus mempertingkatkan kasih terhadap sahabat ialah dengan cara memperbaiki keaiban-keaibannya. Inilah hakikat kasih sayang.

Kasih sayang yang maksima ialah mengutamakan sahabat melebihi diri sendiri. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

”Barangsiapa yang dipelihara daripada kebakhilan dirinya, mereka itulah orang-orang yang berjaya.”

– Surah Al-Hasyr, ayat 9

Kasih sayang yang sampai ke peringkat ini (mengutamakan sahabat melebihi diri sendiri) bukanlah suatu khayalan, tetapi ia telah benar-benar berlaku di zaman Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan para sahabat baginda.

Sahabat atau sohibah yang sejati ialah orang yang melihat saudara-saudaranya lebih penting daripada dirinya sendiri. Ini kerana jika dia tidak bersama-sama dengan sahabat/sohibah, maka dia tidak akan dapat bersama-sama dengan orang lain. Dia rasa dia mesti hidup bersama-sama dengan sahabat.

Di samping itu, kita perlu elak daripada berlaku di kalangan kita (sebagai sebuah jama’ah atau usrah), pada zahirnya nampak berukhuwwah dan berkasih sayang, tetapi pada bathinnya bermusuh. Kalau berlaku sebegini, maka tidak ada harapan Islam akan dapat ditegakkan dalam jama’ah atau usrah.

Bagaimana kita hendak mengekal dan menguatkan ukhuwwah sesama kita? Jawapannya – tidak sesuatu yang   dapat mengekal dan memperkuatkan ukhuwwah melainkan ta’atkan Allah Subhanahuwata’ala dan menjauhi ma’siat.

Persaudaraan yang ditegakkan di atas dasar taqwa kepada Allah Subhanahuwata’ala akan kekal dari dunia hingga ke akhirat. Ukhuwwah yang ditegakkan di atas dasar yang lain akan terhapus dan tidak akan sampai ke akhirat. Firman Allah Subhanahuwata’ala (yang bermaksud):

”Saudara-saudara pada hari itu antara satu sama lain bermusuhan kecuali orang-orang yang bertaqwa”

Marila kita berusaha sepenuhnya untuk membentuk usrah dan jama’ah yang bersaudara dengan roh Allah Subhanahuwata’ala.

Sekiranya ukhuwwah tidak lahir dalam dalam usrah kita, maka hakikatnya usrah itu tidak wujud.

Oleh: Syeikh Abu Muhammad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s