PROFIL MURABBI:SIFAT-SIFAT MURABBI YANG BERJAYA

pemimpinSIFAT-SIFAT MURABBI YANG BERJAYA

Sifat-sifat penting bagi murabbi yang  berjaya (antaranya ialah):

1)    Memiliki ilmu

Ilmu yang harus dikuasai oleh seorang murabbi meliputi banyak cabang ilmu, seperti:

a)    Ilmu Syar’i

Salah satu tujuan tarbiyah Islamiyah ialah melahirkan manusia yang beribadah kepada Allah dengan benar. Hal ini akan tercapai hanya dengan ilmu syar’i. Yang dimaksudkan dengan memiliki ilmu syar’i di sini tidaklah berarti bahawa seorang murabbi itu perlu menjadi pakar dalam bidang syari’ah atau mana-mana bidang ilmu. Akan tetapi  ilmu syar’i yang perlu dimiliki seorang murabbi ialah ilmu syar’i yang dengannya ia mampu membaca, membahas, dan mempersiapkan maudhu’-maudhu’ syar’i serta memiliki ilmu-ilmu asas yang membolehkannya mengembangkan potensi syar’inya dengan semangat belajar.

b)    Ilmu waqi’

Iaitu ilmu-ilmu semasa yang sesuai dengan keperluannya sebagai murabbi  untuk berhadapan dengan keadaan dan suasana masyarakatnya.

c)    Ilmu psikologi.

Iaitu ilmu tentang karakter manusia mengikut usianya yang meliputi aspek naluri dan potensi manusia. Memadailah bagi murabbi dapat memahami dasar-dasar umum ilmu kejiwaan, serta berkemampuan untuk terus mendalami bidang ini dari masa ke semasa.

d)    Memahami persediaan, potensi dan kemampuan mutarabbi.

e)    Memahami persekitaran di mana mutarabbinya berada/tinggal. Ini kerana persekitaran  mempunyai pengaruh yang besar terhadap keperibadian mutarabbi

2)    Murabbi seharusnya lebih berkualiti daripada mutarabbi.

Dalam proses tarbiyah, akan berlaku at-takmil wal istikmal (lengkap melengkapi) atau timbal balik antara murabbi dan mutarabbi. Berlakunya proses memberi dan menerima. Oleh itu murabbi seharusnya lebih berkualiti daripada mutarabbi.

3)    Murabbi seharusnya mampu memindahkan apa yang dimilikinya kepada manusia lain.

Ada manusia pandai berbicara, bijak berhujah dan boleh membuat penyampaian yang menarik tetapi kelebihan-kelebihannya itu hanya sekadar teori sahaja. Beliau tidak mampu untuk mentarbiyah dan membentuk manusia. Beliau tidak ada pengalaman di medan tarbiyah. Maka, beliau tidak mampu untuk memindahkan apa yang dimilikinya kepada manusia lain.

4)    Murabbi seharusnya memiliki kemampuan memimpin (al-qudrah ‘alal qiyadah).

Kemampuan ini adalah sifat bagi murabbi. Dalam banyak hal, murabbi seharusnya boleh bertindak sebagai pemimpin bagi mutarabbinya.

5)    Murabbi seharusnya memiliki kemampuan untuk melakukan mutaba’ah (al-qudrah ‘alal mutaba’ah).

Proses tarbiyah bersifat terus menerus dan berkesinambungan. Mutaba’ah (follow-up/semakan) yang berterusan diperlukan untuk mengetahui keberhasilan yang telah dicapai dari proses tarbiyah. Murabbi harus menyemak atau menilai dirinya, manhaj, wasilah, media, metod dan keadaan mutarabbinya secara berterusan.

6)    Murabbi seharusnya memiliki kemampuan membuat penilaian.

Penilaian adalah aspek yang tidak terpisah dari proses tarbiyah. Murabbi harus:

a)    Menilai mutarabbi untuk mengetahui sejauh mana tahap kemampuannya agar murabbi dapat mentarbiyah sesuai dengan keadaannya.
b)    Menilai mutarabbi untuk mengetahui sejauh mana ia telah mencapai matlamat tarbiyah dari segi pembentukan syakhsiyah.

c)    Menilai program, tugasan dan perjalanannya.

d)    Menilai permasalahan tarbawiyah untuk ditangani secara bijaksana.

Penilaian yangg dilakukan oleh seorang murabbi harus secara ilmiyah dan objektif  dengan berpegang kepada kaidah-kaidah penilaian yang betul, bukan berasaskan andaian dan emosi.

7)    Murabbi harus mampu membina hubungan kasih sayang.

Hubungan antara murabbi dan mutarabbi adalah berdasarkan cinta dan kasih sayang kerana Allah Subhanahuwata’ala.  Murabbi yang tidak dapat menanamkan kasih sayang ke dalam jiwa  mutarabbinya, akan mengakibatkan pesanan dan pelajarannya  tidak berkesan di hati mutarabbi apatah lagi untuk menjadikan pesanan dan pelajaran itu benar-benar tertanam di dalam hatinya.

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu ma’afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian, apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.” (Ali Imran : 159)

Susunan: Tn. Hj. Mohd Ghani Salleh (SUA HALUAN Malaysia)

Rujukan:

  1. BUKU PANDUAN HALAQAH TARBAWIYAH
  2. BAHAN – FORMAT USRAH
Advertisements

4 thoughts on “PROFIL MURABBI:SIFAT-SIFAT MURABBI YANG BERJAYA

  1. Pingback: Murabbi: akukah itu? « Muharikah

  2. Pingback: Murobbi : aku kah itu ? dush! « kembara cinta ku

  3. Pingback: Murabbi: akukah itu? » Muharikah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s