Q2: Apa Kepentingan Halaqah?

question3Soalan:  Ada yang mengatakan menghadiri program tarbiyah seperti usrah atau halaqah tidak penting. Mohon tuan jelaskan mengapa pentingnya halaqah bagi seeorang muslim dalam realiti hari ini?

  • Halaqah adalah merupakan antara jalan kepada proses pentarbiahan. Mereka yg tidak mengikuti halaqah, sukar untuk mengikuti tarbiyah dengan baik.
  • Aktiviti seperti membaca buku, mendengar ceramah umum, atau belajar islam di institusi swasta sebenarnya tidak memiliki keistimewaan yang dimiliki dalam berhalaqah.
  • Dalam Halaqah, peserta di motivasi terus menerus untuk mengamalkan Islam. Pengamalan Islam merupakan kandungan yang diutamakan dlm halaqah.
  • Halaqah memiliki sistem tausiyah (saling menasihati) yang intensif dan ketat. Peserta di ransang utk beramal soleh dan berakhlak mulia. Peserta diperingatkan agar jgn melanggari syariat Allah swt. Justeru sistem Halaqah lebih mampu mencetak peribadi muslim yg serius mengamalkan Islam dalam kehidupan daripada saranan tarbiyah lainnya.

Continue reading

Dakwah Risalah Rahmah (Kasih Sayang)

¢Risalah Islam ialah Risalah Rahmah (Kasih Sayang)

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلاَّ رَحْمَةً لِلْعَالَمِين

Dan tidaklah kami utuskan engkau (Muhammad)
kecuali sebagai rahmat untuk
semesta alam (al Anbiya’: 107)
¢

dakwahhikmahSeorang yang berada di jalan Allah mesti berakhlak dengan akhlak Ar Rahman dan Ar Rahim

¢
Dakwah tidak akan wujud kecuali kamu memandang mereka yang kamu da’wahi dengan penuh kasih sayang; maka janganlah kamu membenci mereka, bahkan tanamkan sifat kasih terhadap mereka sehingga kamu dapat melihat apa yang mereka tidak dapat lihatnya, maka kamu dapat membawa mereka kearah kebaikan
¢

Seorang Da’ie mengetahui bahawa inilah jejak langkah mereka yang diberi nikmat oleh Allah SWT iaitu Siddiqin, Syuhada dan orang-orang soleh.

¢
Sesungguhnya termasuk keburukan seorang da’ie terhadap dirinya sendiri apabila melihat mereka yang dida’wahnya dengan pandangan yang hina atau dengan pandangan yang sombong dan merasa dirinya tinggi.

PROFIL MURABBI:SIFAT-SIFAT MURABBI YANG BERJAYA

pemimpinSIFAT-SIFAT MURABBI YANG BERJAYA

Sifat-sifat penting bagi murabbi yang  berjaya (antaranya ialah):

1)    Memiliki ilmu

Ilmu yang harus dikuasai oleh seorang murabbi meliputi banyak cabang ilmu, seperti:

a)    Ilmu Syar’i

Salah satu tujuan tarbiyah Islamiyah ialah melahirkan manusia yang beribadah kepada Allah dengan benar. Hal ini akan tercapai hanya dengan ilmu syar’i. Yang dimaksudkan dengan memiliki ilmu syar’i di sini tidaklah berarti bahawa seorang murabbi itu perlu menjadi pakar dalam bidang syari’ah atau mana-mana bidang ilmu. Akan tetapi  ilmu syar’i yang perlu dimiliki seorang murabbi ialah ilmu syar’i yang dengannya ia mampu membaca, membahas, dan mempersiapkan maudhu’-maudhu’ syar’i serta memiliki ilmu-ilmu asas yang membolehkannya mengembangkan potensi syar’inya dengan semangat belajar.

b)    Ilmu waqi’

Iaitu ilmu-ilmu semasa yang sesuai dengan keperluannya sebagai murabbi  untuk berhadapan dengan keadaan dan suasana masyarakatnya.

c)    Ilmu psikologi.

Iaitu ilmu tentang karakter manusia mengikut usianya yang meliputi aspek naluri dan potensi manusia. Memadailah bagi murabbi dapat memahami dasar-dasar umum ilmu kejiwaan, serta berkemampuan untuk terus mendalami bidang ini dari masa ke semasa.

d)    Memahami persediaan, potensi dan kemampuan mutarabbi.

e)    Memahami persekitaran di mana mutarabbinya berada/tinggal. Ini kerana persekitaran  mempunyai pengaruh yang besar terhadap keperibadian mutarabbi

Continue reading

PROFIL MURABBI (1)

PENDAHULUAN

bendera islamSudah menjadi suatu kelaziman bahawa setiap tugas atau pekerjaan yang akan dilaksanakan oleh seseorang memerlukan persiapan atau persediaan.

Tarbiyah ialah proses membangunkan peribadi manusia. Justeru itu murabbi yang berwibawa sangat diperlukan agar tarbiyah  membuahkan hasil yang optima.

Proses tarbiyah merupakan usaha yang sangat berat dan sukar. Ini kerana tarbiyah berarti  membentuk manusia agar memiliki syakhsiyah Islamiyah mutakamilah dengan cara menghilangkan segala potensi negatif dan  mengembangkan setiap potensi positif.

Tarbiyah juga berarti interaksi antara murabbi dengan manusia yang memiliki banyak dimensi dan permasalahan yang kompleks. Justeru itu para murabbi dituntut untuk terus meningkatkan kualiti diri agar menjadi murabbi yang berwibawa.

DEFINISI MURABBI

Murabbi adalah individu yang mejalankan proses tarbiyah. Fokusnya ialah membentuk peribadi muslim yang salih dan muslih, yang memperhatikan aspek pemeliharaan (Ar-Ri’ayah), pengembangan (At-Tanmiyah), pengarahan (At-Taujih) dan pemerkasaan (At-Tauzhif).

Continue reading

USRAH DALAM KONTEKS PEMBENTUKAN UMMAH (5)

Pengisian dalam usrah

universiti tarbiyahAlangkah banyaknya kewajipan yang perlu dilaksanakan dan alangkah sedikitnya masa yang kita miliki untuk melaksanakan kewajipan yang banyak. Bahan-bahan yang perlu diisi dalam usrah sebenarnya sangat banyak. Secara ringkas, pengisian kita boleh dinyatakan seperti berikut:

1. Membaca risalah-risalah, pelajaran-pelajaran dan arahan-arahan daripada qiyadah. Juga bermuzakarah mengenai perkara-perkara berkaitan Islam dan waqi’.

Suasana bermuzakarah hendaklah berjalan dalam keadaan syar’i. Yakni hendaklah menjaga adab dan tatasusila perbincangan tanpa pertelingkahan atau meninggikan suara kerana perbuatan ini bercanggah dengan fiqhul usrah.

Oleh itu suasana penerangan dan dialog dalam usrah hendaklah berjalan dalam batas-batas akhlak dan saling hormat menghormati. Sekiranya sesuatu masalah tidak dapat diselesaikan dalam usrah, maka masalah itu boleh dibawa kepada qiyadah tanpa diheboh-hebohkan keluar. Al-Quran memberikan panduan berhubung hal ini sepertimana ayat:

”Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyebarkannya, padahal kalau mereka menyerahkannya kepada rasul dan ulil amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya daripada mereka (rasul dan ulil amri), kalaulah tidakl kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikuti syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu).”

(An-Nisa’ : 83)

Continue reading

USRAH DALAM KONTEKS PEMBENTUKAN UMMAH (4)

muslimin unitedRukun Kedua: At-Tafahum (saling memahami)

Tafahum adalah satu rukun dalam usrah. Untuk melahirkan tafahum, kita perlu beristiqamah di atas manhaj yang haq. Beristiqamah bermakna terus berada dalam manhaj yang haq. Yakni terus istiqamah dengan ajaran Islam setiap masa dan ketika.

Setiap perkara yang kita lakukan, mulai dari gerak hati hinggalah amalan dan mulai dari perkara yang kecil hinggalah ke perkara yang besar,  mestilah diluluskan oleh syara’. Ini bermakna kita perlu bermuhasabah bersungguh-sungguh terhadap diri kita sendiri supaya setiap sesuatu yang kita lakukan menepati kehendak syara’.

Setelah kita berbuat demikian (yakni setelah seluruh amalan kita menepati kehendak syara’), maka barulah kita bertindak menasihati saudara-saudara kita yang melakukan sesuatu bertentangan dengan ajaran Islam. Maka barulah proses nasihat itu berjalan dengan betul. Dan, barulah tidak timbul apa-apa prasangka yang tidak baik kerana orang yang memberi nasihat itu terlebih dahulu beramal dengan perintah syara’.

Orang yang memberi nasihat hendaklah menjaga keikhlasannya dalam menegur sahabat. Bahawa niatnya hanyalah semata-mata untuk mengislahkan sahabat agar sahabat menjadi orang yang lebih baik.

Saudara-saudara yang dinasihati pula perlulah menerima nasihat dengan baik dan senang hati serta berterima kasih kepada  saudara yang memberi nasihat. Inilah prinsip kita.

Continue reading

USRAH DALAM KONTEKS PEMBENTUKAN UMMAH (3)

ukhwahRukun Usrah.

Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna telah mengemukakan cara-cara untuk mewujudkan usrah dalam ertikata sebenar. Beliau telah menetapkan tiga rukun usrah untuk menjayakan usrah sebagai binaan bagi Islam.

Rukun-rukun usrah ini perlu ditegakkan dalam ertikata sebenar dalam kehidupan berjamaah. Rukun-rukun ini hendaklah dipelihara agar tidak menjadi suatu taklif atau tanggungjawab tanpa roh. Suatu taklif tanpa roh akan menjadi suatu bebanan yang dirasai sangat berat,  atau akan menjadi suatu tanggungjawab yang mati dan tidak bersemangat.

Kita perlu pelihara supaya setiap tanggungjawab kita mempunyai roh dan perasaan. Dan juga supaya kita merasai kelazatan dalam menjalankan sesuatu  tanggungjawab.

a. Rukun Pertama: At-Ta’aruf (saling kenal mengenali)

At-ta’aruf ialah kenal mengenali antara satu sama lain. Yakni,  bukan sekadar mengenali, tetapi juga dikenali. Pengenalan itu hendaklah berlaku antara di kedua-dua pihak, antara naqib dan anggota serta antara sesama anggota. Ta’aruf yang sebenar akan hanya dapat dilahirkan apabila anggota-anggota mengikuti proses tarbiyah dalam pelbagai suasana.

Continue reading