Q1: Halaqah Asas Dakwah?

Soalan: Mengapa halaqah dikatakan sebagai asas kepada dakwah? Apa maksudnya? Boleh tuan jelaskan?

soalanSepertimana yang kita fahami, halaqah sangat penting dalam sesebuah organisasi yang menitikberatkan tarbiyah dan dakwah.

Halaqah dikatakan sebagai asas dakwah kerana tanpa halaqah dakwah tidak akan berjalan dengan baik.

Halaqah merupakan asas dakwah kerana halaqah bukan hanya berfungsi sebagai wadah mempelajari Islam, tapi lebih daripada itu. Halaqah mampu berfungsi sebagai wadah koordinasi dan perbincangan bagi sesama anggota harakah/jamaah/organisasi. Halaqah ibarat markas bagi sebuah pasukan tentera. Tempat peserta melapor dan mengkoordinasi dengan murabbinya.

Halaqah juga menjadi tempat untuk “beristirehat” untuk menyegar dan meluruskan kembali halatuju dakwah dan tarbiyahnya.

Perumpamaan seorang aktivis yang aktif berdakwah tetapi sering meninggalkan halaqahnya umpama seorang askar yang terus berperang tetapi tidak pernah melapor dan mengkoordinasikan diri dengan komandannya (murabbi).

Nesar kemungkinan ia akan lebih banyak bergerak secara individu (infirodi), tidak lagi bergerak dalam kerangka amal jama’ie (aktiviti bersama).

Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut:

“Tarbiyah (halaqah) bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya tidak mungkin terwujud tanpa tarbiyah (halaqah).”

Penulis pernah bertanya kepada As Syeikh Ustaz Dahlan Mohd Zain, apakah rencah utama gerakerjanya dalam memulakan dakwahnya di Malaysia. Dan jawapan yang pasti adalah beliau amat menitikberatkan perjalanan tarbiyah (halaqah). Kemudian dari halaqah yang berjalan akan mencetuskan kerja dakwah secara amal jama’ie. Ini kerana kerja dakwah berat dan sasaran dakwah yang luas tidak mungkin dapat dikerjakan tanpa kebersamaan (amal jama’ie), dan halaqah adalah saranan yang paling efektif untuk beramal jama’ie.

Justeru itulah yang menyebabkan halaqah menjadi asas penting kepada keberlangsungan dakwah yang tersusun dan terancang. Kita harus meletakan halaqah sebagai keutamaan dalam dakwah dan kehidupan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s