PENYAKIT-PENYAKIT HATI
Penyakit-penyakit yang biasa menyerang hati manusia:
1. Mensyirikkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
2. Ingin/cenderung melakukan amalan yang berdosa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
3. Lalai, tidak mengambil berat atau malas terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada hamba yang muslim.
4. Tidak mengendahkan atau memandang kecil hukum hakam Allah Subhanahu Wa Ta’ala, sebaliknya memuliakan hukum hakam manusia.
5. Tidak bergantung harap kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, sebaliknya bergantung harap kepada selain daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
6. Takut kepada makhluk melebihi takut kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala
7. Mencurigai, syak dan sangsi kepada janji-janji Allah Subhanahu Wa Ta’ala terhadap hamba-hambanya yang beriman, dan juga terhadap amaran-amaran Allah Subhanahu Wa Ta’ala terhadap hamba-hambaNya yang menderhaka.
8. Menghina dan meremehkan orang yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala kasihi.
9. Tidak bersungguh dan istiqamah dalam proses pembangunan diri.
10. Memandang negatif terhadap aktiviti-aktiviti/program-program da’wah dan tarbiyah



Para pendidik dan du’ah ibarat pelita dalam kegelapan malam. Mereka adalah pemimpin yang membawa petunjuk kepada umat. Tanpa kehadiran mereka, kaum muslimin akan tenggelam dalam kejahilan dan menjadi ‘makanan’ syaithan dari golongan jin dan manusia. Para pendidik dan du’ah, dengan kekuatan imannya, menyeru manusia kepada Islam dengan lisan yang jujur, hati yang teguh dan akhlak yang mulia.