Matlamat Tarbiyyah kita ialah untuk melahirkan para ulama’, para pemimpin dan Muslim yang faham konsep ibadah. Mengeluarkan para Zuhhad, para amilin yang benar-benar berjuang pada jalan Allah s.w.t. Kita ingin menghasilkan Rijal (pahlawan) yang boleh menanggung tugas masuliyyah dan amanah.
Oleh itu kita mesti sedar betapa pentingnya kita sekarang ini, melahirkan Murabbi, yang mempunyai sifat-sifat yang boleh dicontohi, yang mampu melahirkan Biah Solehah.
Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT.